RSS

8 Petua keselamatan Jalan raya

 
  1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
  2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
  3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
  4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
  5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
  6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
  7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
  8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Rayer...




Haii kawan-kawan...di kesempatan ini sayer ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sama ada sedar atau tidak sepanjang sayer menggerakkan blog ini..sayer juge ingin menasihati rakan-rakan supaye berhati-hatilah di jalan raye dan semoge dapat sampai ke tempat yang dituju dengan selamat...Memandulah dengan berhemah dan ingatlah orang yang tersayang.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahukah anda usia sebenar bulan???


 


CALIFORNIA: Kajian baru terhadap batu bulan yang dikutip angkasawan Apollo 16 menunjukkan bulan mungkin lebih muda 60 juta tahun berbanding apa disangkakan sebelum ini. Kajian terbabit dilaporkan dalam jurnal Nature menunjukkan bahawa usia sebenar bulan mungkin 4.36 bilion tahun.

Lars Borg dari Makmal Nasional Lawrence Livermore di California dan rakannya berkata, bahawa wujud kesilapan dalam menentukan usia sebenar bulan berdasarkan kajian yang dibuat ke atas pembentukan kerak.
Borg berkata, usia bulan lebih muda meletakkan ia hampir kepada 4.4 bilion tahun berbanding mineral Bumi dikenali zircon ditemui di Jack Hills di Barat Australia. Ini bermakna kerak tertua bagi Bumi dan bulan terbentuk pada masa sama.
Hipotesis mengenai asal bulan itu, teori kesan gergasi, membabitkan pelanggaran antara proto-Bumi awal dan satu lagi proto-planet dipanggil Theia, yang mempunyai saiz sebesar planet Marikh.

Cairan dan serpihan daripada kesan berkenaan terlontar ke ruang angkasa, malangnya pembentukan jisim mengambil masa berjuta-juta tahun untuk mewujudkan bulan. (Bagaimanapun, ini hanya tanggapan saintis Barat kerana semua cakerawala ciptaan Allah).


Sebaik saja bulan sejuk, magma terbabit berpadu menjadi komponen mineral berbeza dengan batuan kerak bulan dipanggil ferroan anorthosites (FAN) yang menjadi semakin tua.


Borg dan rakannya menggunakan teknik penapisan semula untuk menganalisis isotop plumbum dan neodimium dalam sampel 1.88 gram FAN mereka dari batu bulan yang dikutip Pusat Angkasa Lepas Johnson NASA. Angka 4.36 bilion tahun diletakkan pada masa itu membabitkan sampel yang menjadi kristal.

Angka itu adalah 200 juta tahun selepas pembentukan sistem solar dan kemudian dianggarkan oleh model pembentukan bulan.

“Ia adalah kali pertama satu sampel tunggal FAN mengandungi usia daripada pelbagai isotop teknik menentukan usia,” kata Borg.


“Cubaan sebelum ini untuk memberikan usia batuan hanya pada satu isotop yang boleh tercemar menyebabkan kita tersilap menganggarkan usia bulan. Justeru kita mulakan dengan idea bahawa kita boleh mendapatkan sampel usia pelbagai dan kita yakin ia dapat memberi gambaran usia pengkristalan sampel.” – Agensi 



Sumber: Berita harian online 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pelindung dan Penawar

Salam sejahtera kepada semue rakan2 blog...arinie saye nk kongsikan berkenaan dengan bismillah 6 dan khasiatnye sekali...saye harap rakan2 dpat mengamalkannya dalam kehidupan seharian...Insyaallah...




Khasiat BISMILLAH ENAM :
  1. Dapat mengubati segala jenis penyakit terkena bisa, termasuk bisa kerana sengatan binatang seperti ikan , lebah , ular dan lain- lain lagi.
  2. Dapat mengubati segala jenis racun yang diperbuat daripada bahan -bahan yang mendatangkan bisa seperti racun yang diperbuat daripda kaca bal lampu, miang rebung ,ulat bulu, hempedu katak berbisa dan sebagainya.
  3. Makbul segala hajat dan cita-cita.
  4. Dimurahkan rezeki..
  5. Penerang hati.
  6. Terselamat dari bahaya musuh atau seteru...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adakah benar bumi ade 2 bulan???


 



Ahli astronomi mengetengahkan teori untuk menerangkan mengapa keadaan bahagian bulan yang jauh lebih berbukit berbanding yang berhadapan dengan Bumi.

Teori berkenaan didedahkan dalam jurnal Nature, lengkap dengan model komputer menunjukkan bagaimana ia berlaku. Pakar lain berkata, idea berkenaan munasabah tetapi belum cukup kuat.

Semua ini dikatakan berlaku 4.4 bilion tahun lalu sebelum ada kehidupan di Bumi untuk melihat dua bulan itu. Kedua-dua bulan itu juga masih muda selepas terbentuk kira-kira 100 juta tahun lebih awal apabila sebuah planet gergasi melanggar Bumi.

Kedua-dua bulan itu mengelilingi Bumi dan terbit di langit bersama, yang lebih kecil mengikuti bulan yang lebih besar.
Bulan yang lebih kecil agak ringan sedikit, manakala yang satu lagi tiga kali lebih lebar dan 25 kali lebih berat, manakala gravitinya juga lebih kuat berbanding yang kecil.

“Planet itu ditakdirkan untuk berlanggar. Tiada jalan lain. Pelanggaran besar ini berhalaju rendah,” kata penulis bersama kajian, Erik Asphaug, saintis planet di Universiti California, Santa Cruz.

Apa yang dikatakan Asphug sebagai pelanggaran perlahan sebenarnya berlaku pada kelajuan lebih 8,050 kilometer sejam.

Disebabkan bulan lebih kecil lebih 965 kilometer lebar, proses pelanggaran berterusan untuk beberapa lama.

Asphaug menyamakan bulan lebih kecil itu bertindak seperti sebutir peluru yang ditembak dengan berkata: “Orang akan bosan melihatnya kerana ia mengambil masa 10 minit bagi peluru itu untuk terbenam dalam bulan. Jika anda menyaksikan perkara ini, anda perlukan sebuah beg bertih jagung yang besar untuk menunggu ia terhenti.”

Batuan dan kerak dari bulan kecil melayang dan bertaburan di bulan yang besar tanpa membentuk satu kawah, kecuali ia berlaku pada kepantasan lebih tinggi.

Kira-kira sehari selepas itu, semuanya selesai dan permukaan dekat dan jauh bulan kelihatan berbeza, kata Asphaug.

Martin Jutzi dari Universiti Bern di Switzerland berkata, kajian itu untuk menerangkan keadaan permukaan berbukit di bulan.

Asphaug menjelaskan, keadaan di situ seperti sesuatu ditambah pada permukaan. – Agensi

Sumber: Berita harian online

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS