RSS

kewajipan membayar zakat




Salam sejahtera saye ucpkan kepade semue rakan2 blog....arinie sayer nk membincangkan sedikit berkenaan zakat fitrah...selaku umat Islam kite diwajibkan untuk membayar zakat fitrah seperti mne yang terkandung di dalam rukun islam yg ke 5....Ini diperkukuhkan lg dengan sebuah hadis iaitu :

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: “ Rasulullah SAW telah menentukan wajibnya zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk, dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin, oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang hari raya maka menjadilah ia zakat fitrah yang makbul, dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedakah biasa seperti sedekah sunat yang lain.”  

(Abu Daud) 

Di sini saye ingin huraikan serba sedikit berkenaan hadis tersebut:
  1. Zakat fitrah adalah wajib kepada semua orang-orang Islam.
  2. Zakat fitrah ialah zakat badan yang dikeluarkan untuk diberi kepada fakir miskin bagi membersihkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia sepanjang bulan Ramadhan.
  3. Zakat yang diwajibkan ialah berupa makanan utama di sesebuah negeri seperti beras, gandum dan sebagainya atau di Malaysia, kadar bayarannya bersamaan dengan tiga cupak sukatan beras atau tiga kati dua belas tahil (dua kilo 250 gram)
  4. Pembayaran fitrah dengan menggunakan wang ringgit pula hendaklah dilafazkan seperti berikut: "Wang ini ialah ganti beras fitrah yang wajib atasku, bagiku dan bagi (orang-orang) tanggungganku pada tahun ini, kerana Allah." (mengikut kadar nilai yang di tetapkan oleh pihak pemerintah.
  5. Zakat fitrah boleh dibayar dari awal Ramadhan sehingga akhirnya iaitu sebelum sembahyang hari raya. Maka bagi sesiapa yang membayar selepas sembahyang hari raya ,baginya menjadi sedekah biasa sahaja.
  
sumber:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 
             (http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=718 )

Diharapkan perkongsian ilmu ini dapat memberi maklumat yang bermakne kepade rakan2 semue...Insyaallah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 ulasan:

Ibnu Darwin berkata...

pabila ustaz kamal berbicara... huhu

IBNU QASIM berkata...

ader mklumat baru ker Ibnu Darwin....

Nadhira berkata...

bagi nak mmudahkan org ramai utk tunaikn zakat bln ramadhan ini, kemudahan online pun ada disediakn. teknologi.

IBNU QASIM berkata...

yup...betol2...

Catat Ulasan